Saturday, December 8, 2007

bee&honey



  • Firman allah taala

    [16.69] Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(Surah an-nahl)

    Secara fakta ilmiah ayat ini telah dipersetujui oleh para saintis yang bersidang pada persidangan pemeliharaan lebah sedunia (world apiculture conference ) yang di berlangsung pada 20-26 sepetember 1993 di china.

    Rasullullah s.a.w bersabda : bagi kamu itu dua penawar (iaitu) madu dan al- quran

    Kandungan madu

    Kandungan gizi utama madu adalah pelbagai karbohidrat seperti gula fruktosa (41.%) , glukosa (35%), sukrosa (19%), dekstrin (1.5%), kadar protein dalam madu relatif kecil sekitar (2.6%) vitamin yang terdapat dalam madu antara lain vitamin B, vitamin B2,B3.B6 dan vitamin C. Mineral yang terkandung dalam madu antara lain adalah kalium, natrium , kalsium , magnesium, besi, tembaga , fosfor dan sulfur

    Madu yaman

    · Kemahsyuran sejak turun-temurun
    · Salah satu madu yang popular dan di eksport ke merata tempat terutamanya negara-negara eropah dan timur tengah
    · Yaman negara kurang hujan yang menyebabkan tiada pencampuran diantara air dan madu
    · Madu asli 100%
    · Lebih pekat dan likat






ilmu.....


Pentingnya berilmu..mafhum ayat quran..jangan jadi seprti himar yang mebawa taurat sedangkan dia tidak tahu apa yang dibawanya..dan tidak dapat manfaat darinya...dalam suasana kehidupan kita sekarang ini..banyak dari kalangan kita tidak tahu apa yang dilakukannya adalah ibadat atau adat yang disangka ibadat..dan tidak tahu pun dalil-dalil..dan hanya ikut-ikutan sahaja...kerana orang terdahulu..buat kata mereka...dan ada setangah2 nya pula..kerana orang2 alim ini buat....kita perlu ingat tiada manusia yang maksum..kecualia nabi...tidak kiralah orang itu pendakwah atau apa pun...mafhum hadis tiga golongan yang paling awal dinyalakan api nereka...orang yang baca quran..(qari) orang yang mati syahid orang yang banyak bersedekah.mengapa???bila di padang masyar mereka mempertikaikan....kenapa saya dicampakan ke neraka???bukankah saya banyak baca quran???allah menyangah..tidak kamu baca quran kerana semata hendak dapat pujian kerana bacaan kamu sedap.dan kamu telah dapat pujian itu di dunia,orang mati syahid mengapa saya dicampakan ke neraka sedangkan saya mati syahid di jalan mu ya Allah? Bukankah kamu berjuang kerana hendak mendapatkan pujian bahawa kamu kuat dan dapat berjuang??kamu telah mendapatnya di dunia lagi....orang bersedekah bertanya kenapa aku di campakan ke neraka??bukankah kamu hendak mendapat pujian bahawa kamu ini kaya semasa di dunia??kamu telah mendapatnya di dunia...lalu di campakkan ketiga-tiga golongan ini ke dalam api neraka..

Di sini dapat kita simpulkan niat adalah penting..bahkan dalam kitab-kitab hadis banyak di mulakan dengan hadis berkaitan dengan niat... jangan jadikan ibadat ini ikut-ikutan..dalam konteks malaysia sekarang ini pun,kita tidak cetek untuk menuntut ilmu yang bermanfaat,kerana dimana-mana sahaja ada alim ulama' yang boleh kita cedok ilmu darinya..Cuma tinggal lagi untuk kita menkaji adakah ilmu itu betul??dari segi orang awam yang tidak ada masa untuk semua ini..mungkin boleh sahaja seacrh di dalam internet..tidak ada masaalah sekali pn..dan sering juga penulis dengar..kebanyakan orang mempertikaikan tetang kitab-kitab rujukan yang muktabar kebanyakan didalam bahasa arab...ini tidak menjadi masaalah lansung sebenarnya..penulis bagi contoh mudah pergi ke kedai-kedai buku agama banyak buku-buku arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa yang mudah bagi kita untuk fahami.

Pengalaman penulis sebagai pelajar di unirvesiti penulis apabila pensyarah memberi kuliah ramai dikalangan siswa-siswa malaysia tidak faham kerana pensyarah memberi kuliah didalam bahasa arab..nak dipendekan cerita..sahabat dari palestin bertanya kepada kami adakah kamu faham??ada dikalangan kami menjawab tidak faham...dan dia memberi pendapat kenapa tidak kita belajar dari peringkat asas.tidak guna kalau kita tidak faham walaupun belajar peringkat tinggi-tinggi pun yang pentingg ilmu yang bermanfaat.aku amat setuju dengannya..biarpun peringkat asas dia dah belajar lama pun..mungkin dari kecil lagi dia dah tahu ilmu ini..tapi dia tetap bertolak ansur..kerana yang penting disini ialah ILMU BERMANFAAT.ilmu ini bukan milik kita..sebagaimana dalam firmanNYA yang bermaksud "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

pegangan kita



  • Lapan kaedah memahami sunnah

    · Memahami sunnah dengan tuntutan al-quran
    · Mengumpulkan hadis-hadis yang menimbulkan masaalah yang sama
    · Jama’ dan tarjih mengumpulkan hadis-hadis yang bertentangan (yang tidak sahih)
    · Mengetahui nasikh dan masukh sesuatu hadis
    · Mengetahui asbaabul wuruud hadis
    · Mengetahui ghariibul hadis (perkataan yang susah di fahami pada teks hadis)
    · Memahami sunnah sepertimana yang di fahami rasulullah s.a.w
    · Merujuk kitab-kitab syarah hadis




    Memahami sunnah dengan tuntutan al-quran


    As sunnah nabawiyah adalah sumber hukum kedua dalam syariat islam yang
    Menerangkan dengan terperinci isi kandungan al-quran. Al-quran dan hadis tidak dapat dipisahkan kerana ia saling menerangkan di antara satu sama lain.seandainya terdapat perbezaan diantara quran dan hadis,kemungkinan hadis tersebut tidak sahih atau kita sendiri tidak memahaminya.